Terma & Privasi
Dikemas kini 29 November 2026 · English summary at the end
1. Siapa kami
KadKerja ialah perisian kad kerja untuk bengkel kereta, dikendalikan oleh Rungkai Kusut, Kuala Lumpur. Hubungi kami di hello@rungkaikusut.com.
2. Data yang kami simpan
- Akaun anda: emel dan kata laluan (disimpan secara selamat oleh penyedia log masuk kami; kami tidak dapat melihat kata laluan anda).
- Maklumat bengkel: nama, telefon, alamat, maklumat bayaran dan no. SST yang anda isi.
- Kad kerja: no. plat, model kereta, nama dan telefon pelanggan anda, aduan, kerja, harga dan invois.
3. Data pelanggan anda
Anda ialah pemilik data pelanggan bengkel anda. Kami memprosesnya hanya untuk menjalankan KadKerja bagi pihak anda, dan tidak menjual atau berkongsinya untuk pemasaran. Anda bertanggungjawab memastikan pelanggan anda tahu maklumat mereka direkod untuk tujuan servis kereta, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
4. Di mana data disimpan
Data disimpan di pelayan awan penyedia pangkalan data kami (Supabase) dan laman ini dihoskan oleh Vercel. Setiap akaun hanya boleh melihat data bengkelnya sendiri.
5. Mesej WhatsApp
KadKerja menyediakan teks mesej. Mesej dihantar dari WhatsApp di telefon anda sendiri; kami tidak menghantar mesej bagi pihak anda.
6. Percubaan & langganan
Akaun baru mendapat percubaan percuma 14 hari tanpa kad. Selepas itu, langganan ialah RM49 sebulan atau RM490 setahun. Jika anda tidak melanggan, data anda kekal dan boleh dilihat, tetapi tidak boleh diubah sehingga anda melanggan.
7. Padam akaun
Emel kami untuk memadam akaun dan semua data bengkel anda. Kami akan memadamnya dalam 14 hari bekerja.
8. Had tanggungjawab
Kami berusaha memastikan KadKerja sentiasa tersedia, tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan. Anda bertanggungjawab ke atas ketepatan harga, cukai dan invois yang dikeluarkan kepada pelanggan anda.
English summary
KadKerja is operated by Rungkai Kusut, Kuala Lumpur (hello@rungkaikusut.com). We store your account, workshop details and the job cards you enter, including your customers' names and phone numbers. You own your customers' data; we process it only to run KadKerja for you and never sell it. Data is hosted with Supabase and Vercel, and each account sees only its own workshop. WhatsApp messages are sent from your own phone. New accounts get a 14-day free trial, then RM49/month or RM490/year; without a subscription your data stays viewable but read-only. Email us to delete your account and data.